Friday, November 21, 2008

MPM accepts mistake!!!

OK people, now we all know that this STPM has been a drag... Especially the PA paper.. Question 8 send people panicking due to that large figure.. However, a check over the net (thx to my friend) has uncovered this.. Looks like ur PA2 is safe people!!!

The original message:


-----Original Message-----From: xxxxxxxxxxxxxxx [mailto:xxxxxxxxxxxxxx@hotmail.com] Sent: Thursday, November 20, 20082:36 PMTo: Pegawai Perhubungan AwamSubject: kesilapan soalan PA STPM 2008 Kepada MPM,Kami mendapati bahawa soalan PA 2 STPM 2008 Bahagian D No.8 telah membuat satu kesilapan yang besar pada nilai data, iaitu pada petikan yang terakhir nilai untuk pengeluaran getah asli pada tahun 2002. Ia menunjukan angka bernilai ratus ribu,iaitu 150 007 tetapi angka yang dikatakan meningkat pada tahun 2004 hanya menunjukan angka puluh ribu,iaitu 20729 dan juga dengan angka-angka tahun lain hanya menunjukan lima digit sahaja. Jadi,kami beranggap bahawa nilai yang menunjukan enam digit pada tahun 2002 itu,iaitu 150 007 telah berlaku kesilapan. Kami berharap agar pihak tuan dapat memberi penjelasan kepada kami semua calon STPM 2008. Sekian, terima kasih.Yang Benar,Calon STPM 2008Lampiran: Soalan PA 2 STPM 2008 Bahagian D No.8

The reply:

Subject: RE: kesilapan soalan PA STPM 2008Date: Thu, 20 Nov 2008 17:05:10 +0800From: ppa@mpm.edu.myTo: xxxxxxxxxxxxx@hotmail.comTuan, Saya merujuk emel tuan mengenai perkara di atas. Berkaitan dengan maklumat tentang pengeluaran gas asli cecair, memang terdapat kesilapan angka pada perenggan akhir yang dimaksudkan. Angka 150 007 ribu tan metrik yang tertulis sepatutnya ditulis sebagai 15 007 ribu tan metrik. Sehubungan dengan hal ini, pihak MPM telah pun mengambil tindakan yang sewajarnya termasuklah memperbaiki skema pemarkahan bagi soalan 8 tersebut untuk mengambil kira kesilapan yang berlaku. Pelajar yang menjawab soalan ini akan diberi pertimbangan yang seadil-adilnya dan tidak akan didenda disebabkan kesilapan maklumat dalam soalan tersebut. Pihak MPM juga ingin memberikan jaminan bahawa pencapaian calon tidak akan terjejas disebabkan oleh kesilapan tersebut kerana segala langkah yang perlu telah dan akan diambil untuk mengatasi masalah yang timbul. Pihak kami berasa kesal atas kesukaran yang dihadapi calon disebabkan oleh kesilapan yang tidak disengajakan ini. Sekian dimaklumkan. Terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah (KHAWARI BIN HAJI IDRIS)Pegawai Perhubungan Awamb.p. Ketua EksekutifMajlis Peperiksaan Malaysia

Suggestion from the candidate:

-----Original Message-----
From: xxxxa [mailto:xxxx@hotmail.com]
Sent: Thursday, November 20, 2008 7:04 PM
To: Pegawai Perhubungan Awam
Subject: RE: kesilapan soalan PA STPM 2008

Tuan Pegawai,

Pertama sekali, kami mengucapkan terima kasih kepada tuan atas penjelasan tuan kepada kami.

Walaubagaimanapun, kesilapan data tersebut telah menyebabkan ramai calon membazirkan masa yang banyak dalam soalan 8 ini dan menjejaskan masa untuk menjawab bahagian lain. Selain itu, ketenangan calon juga diganggu oleh kesilapan soalan tersebut. Jadi, kami mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak tuan agar menjamin kebajikan calon dan keadilan peperiksaan STPM yang terbaik di dunia ini.

1,Markah bonus yang sewajarnya diberi kepada calon yang menjawab soalan 8 ini.

2,Markah bahagian D dimansuhkan.

3,Peperiksaan Kertas PA 2 baru dibuat pada hari tertentu.

Kami berharap agar cadangan kami akan dibincang dan ditimbang oleh pihak MPM.

Kami menunggu berita baik daripada pihak tuan.

Sekian, terima kasih.


Yang benar,

Calon STPM 2008

And the last reply from MPM:

RE: kesilapan soalan PA STPM 2008‏
From: Pegawai Perhubungan Awam (ppa@mpm.edu.my)
Sent:Friday, 21 Nov, 2008 6: 54 PM
To: xxxx (xxxx@hotmail.com)

Tuan,

MPM mengucapkan terima ksih atas cadangan tersebut.

Sepertimana yang telah dijawab dan dimaklumkan terdahulu bahawa calon tidak perlu risau kerana MPM telah mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengatasi masalah ini.


Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah

(KHAWARI BIN IDRIS)
Pegawai Perhubungan Awam
b.p. Ketua Eksekutif

Majlis Peperiksaan Malaysia

No comments: